PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN ATAU BERPANTANG

Assalamualaikum uollss…



Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu-ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikan dan juga naik turun tahap kesihatan.
Di sini sy nyatakan beberapa tips penjagaan berpantang selepas bersalin. Antaranya ialah:

i)                    Bertungku
ii)                   Berurut
iii)                 Berbengkung
iv)                 Mandi Air Rebusan Daun
v)                  Tidur dan Rehat Yang Secukupnya.

Bertungku
Bertungku bukan sahaja membantu untuk mengecut batu merian malah ia juga adalah untuk memecahkan lemak yang terkumpul di bahagian perut

Bertungku membantu memecahkan darah berku dalam perut. Orang yang bersalin secara pembedahan tidak di galakkan bertungku di bahagian perut tetapi boleh bertungku di bahagian lain seperti belakang dan kaki.

Batu tungku boleh dibeli di kedai atau sekarang ada juga batu tungku yang di jual di online. Boleh juga guna batu sungai tetapi jangan terlalu berat, takut tidak larat nak angkat ketika bertungku nnti.
Daun mengkudu (paling baik) untuk bertungku. Ambil beberapa helai, lebih banyak lebih bagus
Kain pelapik kalau boleh biar tebal.

ini lah batu sungai yg sy gunakan untuk tungku tyme pantang

Caranya:
Bakar tungku selama 15-20 minit hingga betul2x panas, angkat dan balutkan dengan daun mengkudu
Kemudian bentangkan kain pelapik, letakkan daun mengkudu hingga penuh, kemudian barulah letakkan tungku yang dah di bakar tadi. Balut hingga tertutup tungku itu sepenuhnya. Nanti kita akan dapat hidu aroma daun mengkudu yang wangi.
Pastikan kain cukup tebal dan kepanasan tersebut sesuai dan dapat diterima oleh anda. Tuamlah sekeliling peranakan, pinggul, payudara dan seluruh badan. Badan akan hangat dan segar

Berurut

Berurut dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa melahirkan.

Urutan biasanya di lakukan selepas beberapa hari kelahiran.
Biasanya mak bidan akan mengurut selama 3 hari berturut-turut

Berbengkung

ini rupa bengkung sy tyme pantang.. memang kemas.. nie sy beli dkat online jea..

Tujuan berbengkung adalah untuk membantu membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan untuk mengetatkan peranakan agar tidak jatuh.

Kalau nak bentuk badan yang cantik, berbengkunglah… pasti anda akan terkejut lihat hasilnya nanti.

Mandi Air Rebusan
Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. Dengan aromanya yang sedap dihidu dapat membantu menenangkan badan dan fikiran.

Caranya:
Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

Rehat Secukupnya
Selepas bersalin, kita akan terpaksa sesuaikan diri dengan keadaan baru dan kerenah bayi.
Untuk mengelakkan rasa pening dan letih ketika menjaga bayi terutamanya bayi yang suka meragam waktu malam, anda perlu utamakan tidur. Apabila bayi tidur, masa itulah ibu turut sama tidur dan berehat. Jangan pada waktu bayi tidur, ibu pula sibuk nak buat kerja.
Untuk minggu pertama bersalin, seelok-eloknya anda berehat sahaja. Lupakan sementara kerja-kerja mencuci dan lain-lain kerja yang boleh di tangguhkan.
Paling elok kerja-kerja rumah di tinggalkan sahaja kepada suami atau pembantu. Jangan risau rumah bersepah. Utamakan kesihatan diri. Tidur dan rehat yang cukup membantu anda mengurangkan rasa tertekan.


Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG