TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
TAHNIAH.. telah menerima kehadiran orang baru. Ternyata dengan kehadiran orang baru ini dapat memberi semangat dan menambah kegembiraan bagi pasangan suami isteri.
Selesai tempoh sembilan bulan membawa perut yang besar, ibu akan melalui proses bersalin dan seterusnya menjalani tempoh berpantang yang bertujuan untuk merawat kembali segala luka yang dialami sepanjang proses melahirkan anak. Ketika tempoh berpantang emosi ibu kurang stabil kerana dunia baru yang perlu dilalui ditambah dengan keadaannya yang masih lemah atau sakit. Apatah lagi ibu yang pertama kali menimang bayi, ia adalah satu pengalaman asing pada mereka. Ibu muda yang tiada pengalaman, semuanya baru dan keadaan diri yang tidak berapa sihat, akan mengundang banyak perkara.
Apa pula peranan suami ketika isteri menjalani tempoh berpantang? bagi suami yang baru pertama kali menerima kehadiran anak tentu sahaja agak kalut menghadapi situasi isteri berpantang. Justeru, sebaiknya buat persediaan dengan bertanyakan pengalaman orang lain atau pun membaca info tentang perkara itu.
Di sini saya senaraikan beberapa tugas yang suami perlu buat sepanjang isteri berpantang.
1. Buatkan sarapan untuk isteri
Bukan suruh jadi masterchef. Cuma bancuhkan milo dan bakar roti sebagai sarapan pagi isteri. Kiranya celik mata sahaja terus hidangkan sarapan untuk isteri
2. Sediakan air panas atau air rebusan daun/herba untuk isteri mandi
Budget masa anda. Mandian herba perlu direbus hingga mendidih. Di galakkan mandi air panas atau rebusan dedaun selama seminggu hingga dua minggu selepas bersalin.
3. Tolong mandikan bayi
Jika tidak mendapat bantuan daripada ibu/ibu mertua, cuba-cubalah si ayah belajar untuk mandikan baby. Gunakan air suam dan jangan mandi pada waktu terlalu awal pagi atau terlalu lewat petang.
4. Tolong uruskan anak-anak yang lain.
Anak-anak, kalau dia dapat adik baru, dia mula buat perangai. Meragam, asyik nak menangi dan serba tak kena. Dia rasa seolah-olah kasih sayang daripada ibu dan ayahnya beralih arah. Sementara si ibu fokus dengan baby, ayah tolong uruskan keperluan anak, bawa dia berjalan, sukakan hatinya.
5. Tolong isteri menguruskan diri
Pergerakan isteri sangat terbatas. Nak bangun dari tidur pun ambil masa sampai limit minit. Nak angkat kaki sendiri pun tidak mampu disebabkan oleh tekanan pada urat pinggang dan pelvik.
Jadi, apa salahnya si suami tolong memakaikan stokin dan barut kepada isteri.
6. Tolong masak
Mungkin ada pasangan yang berpantang dirumah senidiri dan malas hendak menyusahkan ibu bapa. Jadi, suami tolong sediakan makanan tengah hari untuk isteri.
Nasi panas, ikan salmon bakar, sup sayur dan beberapa potong buah. Kalau tidak tahu hendak buat apa, goreng sahaja ikan talang dan tumbuk lada hitam.
7. Tolong uruskan rumah.
Misalnya sapu sampah, kemas mainan anak, basuh kain, jemur dan angkat kain.
8. Bakar Tungku
Tolong bakarkan tungku untuk isteri bertuam. Batu tungku perlu dipanaskan 20 minit dengan api sederhana besar. Selepas itu, bungkus batu tungku dan berikan pada isteri anda. Sang isteri tuam dan bertungku dalam tempoh 40 minit - 1 jam.
9. Sediakan vitamin dan set berpantang
Hospital akan bekalkan vitamin untuk keperluan ibu berpantang. tujuannya untuk ibu rasa segar, bertenaga, dan tambah darah. Atau lagi istimewa beri isteri makan Set Berpantang Cepat Sembuh Luka, Bertenaga dan Cantik supaya isteri kuat, luka cepat baik dan selamat untuk baby.
10. Tenangkan baby yang menangis
Ada masa baby ini suka menangis. Sudah bagi susu pun, dia masih juga menangis. Cubalah dukung baby dan buaikan perlahan-lahan. Sekiranya baby kembung, ambil minyak telon sapu pada perut, belakang badan, labu betis dan kaki bayi sambil buat urutan perlahan.
11. Cukur rambut bayi
Boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran. Sunat dicukur rambut, di beri nama dan di lakukan akikaht terhadapnya.
12. Carikan bidan mengurut.
Kalau boleh, carikanlah bidan yang mampu mengurut atau arif mengenai amalan berpantang selepas bersalin. Ada bidan yang boleh sediakan air panas untuk mandi, sediakan tungku, mandikan isteri, bertangas dan pakaikan barut lengkap.
Sebenarnya, bukan susah sangat hendak menjaga isteri berpantang. Ketika ini apa yang diperlukan oleh si isteri adalah sokongan dan perhatian daripada suami. Sekiranaya perlu berjauhan daripada isteri yang berpantang di kampung halaman, ia bukan halangan untuk sentiasa berasa di sisi isteri. Sentiasa hubungi isteri dan bertanyakan khabar dirinya. Perhatian dan sikap prihatin suami, sedikit sabanyak memberi kekuatan kepadanya.
Tahniah dan syabas kepada semua suami yang bertanggungjawab terhadap isteri kesayangan mereka.
Comments
Post a Comment