MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??


Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera..

Kali ini saya nak berkongsi info tentang keraguan ibu-ibu mengenai pengambilan air minum yang banyak ketika berpantang. Kenapa perlu kurangkan pengambilan air ketika di dalam pantang? Saya pernah ajukan soalan ini kepada mak mertua saya. Mak mertua memaklumkan, nanti basah kat bawah tu, luka lambat baik dan lambat kering darah nifas.

Menurut mak mertua saya, orang zaman dahulu memang berpantang dari minum air yang banyak ketika dalam pantang. Dan kebanyakan air yang diminum pula merupakan air rebusan akar kayu, bukannya air masak semata yang tidak menpunyai apa-apa khasiat herba. Air rebusan akar kayu bukan sahaja bertujuan untuk mengembalikan tenaga dalaman, malahan berfungsi untuk mengetatkan semula faraj yang telah longgar kerana laluan bayi ketika bersalin.

Saya kurang pasti kebenarannya ketika itu, mungkin ia benar. Saya pernah bertanyakan kepada doktor ketika anak pertama di tahan wad kerana demam kuning. Dr hanya tersenyum melihat saya dan memberitahu bahawa ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 13 gelas sehari. Kepercayaan ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk memastikan:

                                    i) ibu tidak sembelit
                                   ii) bayi cukup susu
                                  iii) ibu kekal bertenaga sebab air akan bantu membuang toksin yang
                                       menyebabkan kita rasa lemau.

Jadi, ibu-ibu yang tengah berpantang atau sedang menuggu masa untuk bersalin dan akan melalui proses berpantang, jangan risau minum air masak secukupnya. Terpulang kepada ibu-ibu sendiri hendak ikut petua dulu atau pun tidak. Kalau ditanya pendapat saya, saya kurang setuju untuk mengurangkan pengambilan air ketika dalam pantang. Bagi saya untuk pengambilan air yang mencukupi perlu minum secara berperingkat dalam tempoh 24 jam sampai cukup 13 gelas sehari. Baru badan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya. Janganlah ibu-ibu minum sekaligus 13 gelas sehari. Itu yang boleh menyebabkan kembang dan bentan di bahagian faraj.


Sebenarnya, tiada langsung kajian saintifik yang mengatakan minum air banyak selepas bersalin akan mengakibatkan kesan buruk kepada ibu. Akibat kekurangan air akan menyebabkan penghasilan susu ibu terbantut dan lebih memburukkan keadaan apabila ia boleh menyebabkan sembelit.

RISAU FARAJ MENJADI LONGGAR SELEPAS BERSALIN??


Kepentingan menjaga faraj adalah aset penting wanita yang mesti dititik beratkan penjagaannya untuk mengekalkan keharmonian sesebuah rumahtangga. Ia memerlukan penjagaan dalaman agar sentiasa sihat, ketat dan bertenaga. Faraj yang sihat bukan sahaja di perlukan ketika melakukan hubungan intim dengan suami, ia juga amat penting dan membantu mengelakkan komplikasi ke atas bayi dan kandungan sekiranya seseorang wanita itu mengandung lagi.

Zaman sekarang sudah banyak ikhtiar yang ada untuk mengetatkan kembali faraj yang longgar. Salah satu amalan yang biasa saya amalkan ialah pengambilan herba alfalfa. Herba alfalfa ini setanding dengan herba kacip fatimah. Ia bukan sahaja mampu memberi kesan grip pada faraj, tetapi menyelesaikan masalah keputihan bagi wanita yang mengalaminya. 


Alfalfa yang saya amalkan tidak perlu direbus daunnya. Ianya sudah siap dipack dalam bentuk tablet. Jadi, tidak perlu untuk bersusah payah bersihkan daun dan rebus. Ambil sahaja lima hingga sepuluh biji sehari dan anda akan dapat rasai kesan grip yang sangat luar biasa.

Jika ibu-ibu risau dengan masalah faraj yang longgar, masalah keputihan atau faraj bentan, hubungi saya di 0195925973. Saya akan berkongsi cara paling sesuai dalam memastikan kesihatan faraj anda sentiasa terjaga rapi. Dalam 1 botol mempunyai 330 biji di dalam nya.



Ibu-ibu semua kena bertindak sekarang untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Kembalikan keghairahan malam-malam anda sebagaimana masa mula-mula kahwin dulu. In sha Allah.





























Comments

Popular posts from this blog

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG