MAKANAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN KETIKA BERPANTANG


Assalamualaikum uoolllss...
Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan tyme pantang nie, setiap orang tidak sama. Ada setengah orang badannya boleh tahan dan setengah orang tidak tahan. Macam sy tyme pantang anak pertama, sy minum air sekuang cina.. Satu badan rasa sejuk.. Terpaksa lah sy tungku 3x sehari... Hbs pantang pula termakan cendawan.. Seminggu jg sy demam.. Mak mertua kata mgkin ubat jamu dlm badan dh xde.. Terpaksalah mkn blk semula.. uwaaa... so... tok ank kedua nie.. mmg sy berhati2x bab mkan tyme pantang... huhu...

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.
Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :
·         kehilangan darah semasa bersalin
·         pengecutan rahim
·         keseimbangan hormon
·         ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
·         kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin untuk merawat,menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.

Di sini saya senarai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang sebagai rujukan kita semua..







Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG