PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN




Assalamualaikum uollss..

Tajuk pown mengenani pantang selepas bersalin.. mstilah ditujukan khas untuk ibu, emak, mama, mummy, ummi yang sedang berpantang dan juga buat mommy to be...

Sy akui nk mnjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sgt2x mencabar buat ibu, emak, mama, mummy, umi n especially tok yang pertama kali melahirkan anak. 

Kat cni sy nyatakan beberapa perkara pantang larang semasa ibu, emak, mama, mummy, umi berada dalam pantang selepas bersalin..

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ini berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada kita yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan di masuki angin. Sekiranya angin menguasai badan, kesihatan kita akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Mandi Duduk Di Bangku
Cara ini adalah untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, kita tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana kita yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Cara ini adalah untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu, emak, mama, mummy, umi yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam adalah untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu, emak, mama, mummy, umi yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja. Hal ini kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran. Sekiranya di amalkan mungkin fikiran kita yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ketika berjalan hendaklah perlahan-lahan dan berhati-hati supaya ibu jari kaki tidak terantuk. Sekiranya teratuk pada satu-satu tempat, boleh menyebabkan kita pitam atau bentan jika kita adalah seorang yang lemah.

Cara Berbaring atau Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi yang sedang dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
Pantang 100 hari
Ibu, emak, mama, mummy, umi digalakkan berpantang 100 hari. Maksudnya di sini ialah tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan kita dan kesihatan kita.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman adalah digalakkan untuk menjaga kesihatan kita semasa dalam pantang. 


Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi kita di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik. 


Berbedak juga dapat menjaga kesihatan selama kita dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

 Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar kita yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar. 

Sy harap serba sedikit mengenai pntg larang ketika berpantang dpt membantu ibu, emak, mama, mummy, umi di luar sana...

kalo ada lagi pantang larang yang tidak di nyatakan, blh lah share di ruang komen yea.. Sharing is Caring.. Caring is Loving..

..Selamat Berpantang...







Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG