Posts

AMALAN PEMAKANAN SELEPAS BERSALIN (POS-NATAL)

Image
Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera.. Sepanjang tempoh 40 minggu apabila kehidupan ibu dan bayi bergabung, ibu-ibu ini akan mula melakukan perubahan yang berkekalan untuk selama-lamanya. Pemupukan kasih sayang bermula apabila ibu mengandung mula mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Walaubagaimanapun, ia tidak harus berhenti setakat di situ sahaja. Kehadiran cahayamata baru perlu diselami dengan komitmen dalam memberikan yang terbaik buat si bayi.  Susu ibu merupakan pemakanan awalan yang terbaik untuk bayi. Ia kaya dengan kolostrum yang mengandungi kadar nutrien yang tingi dan antibodi untuk mengawal penyakit. Kualiti susu ibu bergantung kepada aktiviti harian dan cara pemakanan si ibu. Berikut adalah amalan pemakanan yang di cadangkan untuk si ibu supaya lebih cergas dan sihat: 1. Makan lebih kerap dan secara sihat   Untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi untuk bayi, selepas bersalin seorang ibu perlu memastikan keperluan nutrisi pema...

MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??

Image
Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera.. Kali ini saya nak berkongsi info tentang keraguan ibu-ibu mengenai pengambilan air minum yang banyak ketika berpantang. Kenapa perlu kurangkan pengambilan air ketika di dalam pantang? Saya pernah ajukan soalan ini kepada mak mertua saya. Mak mertua memaklumkan, nanti basah kat bawah tu, luka lambat baik dan lambat kering darah nifas. Menurut mak mertua saya, orang zaman dahulu memang berpantang dari minum air yang banyak ketika dalam pantang. Dan kebanyakan air yang diminum pula merupakan air rebusan akar kayu, bukannya air masak semata yang tidak menpunyai apa-apa khasiat herba. Air rebusan akar kayu bukan sahaja bertujuan untuk mengembalikan tenaga dalaman, malahan berfungsi untuk mengetatkan semula faraj yang telah longgar kerana laluan bayi ketika bersalin. Saya kurang pasti kebenarannya ketika itu, mungkin ia benar. Saya pernah bertanyakan kepada doktor ketika anak pertama di tahan wad kerana demam kuning. Dr hanya tersenyum melihat sa...

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. TAHNIAH.. telah menerima kehadiran orang baru. Ternyata dengan kehadiran orang baru ini dapat memberi semangat dan menambah kegembiraan bagi pasangan suami isteri. Selesai tempoh sembilan bulan membawa perut yang besar, ibu akan melalui proses bersalin dan seterusnya menjalani tempoh berpantang yang bertujuan untuk merawat kembali segala luka yang dialami sepanjang proses melahirkan anak. Ketika tempoh berpantang emosi ibu kurang stabil kerana dunia baru yang perlu dilalui ditambah dengan keadaannya yang masih lemah atau sakit. Apatah lagi ibu yang pertama kali menimang bayi, ia adalah satu pengalaman asing pada mereka. Ibu muda yang tiada pengalaman, semuanya baru dan keadaan diri yang tidak berapa sihat, akan mengundang banyak perkara. Apa pula peranan suami ketika isteri menjalani tempoh berpantang? bagi suami yang baru pertama kali menerima kehadiran anak tentu sahaja agak kalut menghadapi situasi isteri berpantang. Justeru, sebaik...
Image
MAKANAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN KETIKA BERPANTANG Assalamualaikum uoolllss... Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan tyme pantang nie, setiap orang tidak sama. Ada setengah orang badannya boleh tahan dan setengah orang tidak tahan. Macam sy tyme pantang anak pertama, sy minum air sekuang cina.. Satu badan rasa sejuk.. Terpaksa lah sy tungku 3x sehari... Hbs pantang pula termakan cendawan.. Seminggu jg sy demam.. Mak mertua kata mgkin ubat jamu dlm badan dh xde.. Terpaksalah mkn blk semula.. uwaaa... so... tok ank kedua nie.. mmg sy berhati2x bab mkan tyme pantang... huhu... Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka. Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada kea...
Image
PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN ATAU BERPANTANG Assalamualaikum uollss… Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu-ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikan dan juga naik turun tahap kesihatan. Di sini sy nyatakan beberapa tips penjagaan berpantang selepas bersalin. Antaranya ialah: i)                     Bertungku ii)                    Berurut iii)                  Berbengkung iv)                  Mandi Air Rebusan Daun v)                   Tidur dan Rehat Yang Secukupnya. B...

PANTANG LARANG SEMASA DALAM PANTANG SELEPAS BERSALIN

Image
Assalamualaikum uollss.. Tajuk pown mengenani pantang selepas bersalin.. mstilah ditujukan khas untuk ibu, emak, mama, mummy, ummi yang sedang berpantang dan juga buat mommy to be... Sy akui nk mnjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sgt2x mencabar buat ibu, emak, mama, mummy, umi n especially tok yang pertama kali melahirkan anak.  Kat cni sy nyatakan beberapa perkara pantang larang semasa ibu, emak, mama, mummy, umi berada dalam pantang selepas bersalin.. Dilarang Tidur Tidak Berbantal Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ini berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada kita yang masih lemah. Memakai Sarung Kaki (Stokin) Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan di masuki angin. Sekiranya angin menguasai badan, kesihatan kita akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pa...