AMALAN PEMAKANAN SELEPAS BERSALIN (POS-NATAL)


Assalamualaikum wbt.. Salam sejahtera..

Sepanjang tempoh 40 minggu apabila kehidupan ibu dan bayi bergabung, ibu-ibu ini akan mula melakukan perubahan yang berkekalan untuk selama-lamanya. Pemupukan kasih sayang bermula apabila ibu mengandung mula mengamalkan amalan pemakanan yang sihat. Walaubagaimanapun, ia tidak harus berhenti setakat di situ sahaja. Kehadiran cahayamata baru perlu diselami dengan komitmen dalam memberikan yang terbaik buat si bayi. 

Susu ibu merupakan pemakanan awalan yang terbaik untuk bayi. Ia kaya dengan kolostrum yang mengandungi kadar nutrien yang tingi dan antibodi untuk mengawal penyakit. Kualiti susu ibu bergantung kepada aktiviti harian dan cara pemakanan si ibu.

Berikut adalah amalan pemakanan yang di cadangkan untuk si ibu supaya lebih cergas dan sihat:

1. Makan lebih kerap dan secara sihat  
Untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi untuk bayi, selepas bersalin seorang ibu perlu memastikan keperluan nutrisi pemakannya dijaga. Secara purata, seorang ibu yang menyusukan bayi memerlukan tambahan sebanyak 450 kalori di dalam pemakanan hariannya untuk memastikan penghasilan susu yang cukup untuk bayi, di samping untuk menjaga kesihatan.

2. Tingkatkan pengambilan protein tanpa lemak
Protein tanpa lemak yang terkandung di dalam ikan, telur, ayam dan tauhu membantu badan selepas bersalin untuk sembuh dengan segera. Selain itu, ia juga membantu ibu mendapatkan kembali kekuatan otot-ototnya.

3. Biji-bijian, kacang dan ikan untuk minda
Makanan yang kaya dengan asid Dokosaheksaenoik (DHA) adalah penting untuk perkembangan otak, saraf dan retina. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan DHA di dalam diet mempunyai kaitan dengan IQ yang rendah pada kanak-kanak, kehilangan daya ingatan, kemurungan dan masalah visual. Sumber makanan lain yang mengadungi DHA termasuklah telur dan jintan.


4. Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin merupakan sumber serat yang mengekalkan kesihatan usus. 20 hingga 50 peratus ibu yang selepas bersalin mempunyai kecenderungan untuk mengalami sakit buasir, dan kanduangan serat tambahan boleh membantu meringankan ketidakselesaan dan gangguan sembelit.

5. Ambil kalsium untuk tulang-tulang yang kuat.
Dengan mengambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti yang terkandung di dalam produk tenusu, seorang ibu mampu memperlahankan pengurangan dalam kepadatan tulangnya disebabkan osteoporosis


6. Minum Air dengan banyak
Kandungna air yang tinggi di dalam susu ibu menyebabkan seorang ibu perlu mengekalkan tahap hidrasinya dengan mengambil 8-10 cawan air, jus segar atau susu. Ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan, di samping memastikan ibu berada dalam keadaan bertenaga.

7. Zat Besi dan Vitamin C untuk kecegasan dan kesihatan.
Serikan wajah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayur-sayuran hijau, daging merah, ikan, ayam dan itik. Zat besi membantu untuk mengawal sebarang simpton awal anemia dengan membina lebih banyak sel-sel darah merah. Vitamin C yang terkandung di dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan jus buah-buahan segar membantu meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap zat-zat besi.

Kini, Shaklee Natural Vitamins menyediakan formula ZAT BESI dan VITAMIN C yang diekstrak dalam bentuk multivitamin tablet. 100% semulajadi, berkesan dan selamat diambil dan sangat jimat. Sebotol dapat jimat sehingga 6 bulan.

klik pada gambar untuk lihat size besar

klik pada gambar untuk lihat size besar

Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana NaturalVitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya

     

Nurul Iman (Koleksi Ummy)
Shaklee Indepedent Distributor (ID No: 1191467)
sms/whatsapp:019 5925973
PM fb facebook.com/koleksi ummy






Comments

Popular posts from this blog

MINUM AIR YANG BANYAK KETIKA BERPANTANG BOLEH MENYEBABKAN BENGKAK (BENTAN) PADA FARAJ. BETUL KE??

TUGAS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG